Sunday, February 5, 2012

Sorotan Kecintaan Kesayuan Sejarah

    Sorotan Kecintaan Sejarah kali ini telah membawa saya dan juga lapan orang pelajar MRSM Tumpat untuk melihat sendiri dengan lebih dekat tempat pendaratan tentera Jepun yang pertama di Tanah Melayu pada tahun 1941. Apa yang pasti, Sorotan Kecintaan ini telah memberi peluang dan ruang kepada pelajar dan saya  untuk melihat sendiri keadaan sebenar Pantai Sabak yang kira-kira 30 Kilometer daripada MRSM Tumpat. Sebelum ini, saya sendiri hanya sekadar membaca dan melihat di internet, tetapi peluang  saya berkhidmat di negeri Cik Siti Wan Kembang ini saya gunakan untuk mengeksplorasi  hasil Sejarah yang ada. Untuk Sorotan Kecintaan Sejarah kali ini kami mengambil masa hampir satu hari untuk melihat tempat pendaratan Jepun ini. 

    Kini, keadaan di Pantai Sabak berubah dimamah zaman. Keadaan pantai yang kosong dan tandus menjadikan suasana pantai ini  yang dahulunya kaya dengan tinggalan sejarah kini hanya mampu melayangkan persoalan di kotak fikiran generasi sekarang dan akan datang . Sebagai contoh, kubu pertahanan pihak british semasa peperangan pada tanggal 8 Disember 1941 sudah pun roboh.  Ekoran daripada itu, pada tanggal 6 september 2011, kontinjen MRSM Tumpat telah pergi ke Pantai Sabak untuk menyingkap serba sedikit hasil tinggalan sejarah semasa penaungan Jepun di Tanah Melayu . Dalam perjalanan kami ke sana dalam keasyikan menghayati keindahan alam, bagai orang mengantuk disorongkan bantal apabila kami melihat kelibat seorang pelajar sekolah rendah yang sedang menunggang sebuah basikal yang dipercayai bahawa basikal tersebut ialah basikal jepun . Bahkan, para pelajar saya begitu teruja melihat  sendiri  beberapa rangkai perkataan jepun dilekatkan pada basikal tersebut kerana sebelum ini mereka hanya berpeluang melihat dalam ensiklopedia berkaitan . Dalam pada itu , kami sempat lagi mengambil beberapa foto untuk dijadikan bahan bukti eksploirasi Kecintaan Sejarah  kami untuk tatapan bersama. 
          Kini, yang tinggal hanyalah serpihan-serpihan kubu pertahanan Jepun. Perkongsian video ini di harap dapat membuka mata pelajar-pelajar di luar dari negeri Kelantan tentang keadaan sebenar Pantai Sabak pada hari ini. Jika diberi peluang, tidak salah kiranya para pelajar semua datang melawat tempat berlakunya Perang Dunia ke II ini, dengan satu hasrat agar kita sama-sama mencintai negara kita Malaysia.


No comments:

Post a Comment

Flickr

..
 
CERITERA SEJARAH - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.