Wednesday, February 1, 2012

Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu

BAB 2
MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
·   Malayan Union (MU)) diperkenalkan tahun 1946
·   Ia membangkitkan gerakan nasionalisme Melayu
·   Orang Melayu menentang MU yang dianggap cuba menjajah Tanah Melayu & menghapusklan ketuanan Melayu
·   Ketuanan Melayu bermaksud semangat cinta akan apa saja berkaitan bangsa Melayu seperti hak politik, bahasa, budaya & adat istiadat
·   Tentangan ini melahirkan Persekutuan Tanah Melayu pada Februari 1948

2.1 TANAH MELAYU SELEPAS KEKALAHAN JEPUN
·   Jepun kalah tahun 1945
·   Tanah Melayu dikuasai Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari
·   PKM banyak melakukan keganasan
·   Tanah Melayu menjadi  huru-hara
·   Keadaan diselamatkan oleh Pentadbiran Tentera British (PTM) atau British Military Administration (BMA)
·   BMA – merupakan pentadbiran bercorak tentera oleh British sebelum Malayan Union diperkenalkan

Keganasan 14 Hari
·   Jepun meninggalkan Tanah Melayu selepas kalah
·   Berlaku “kekosongan Politik” kerana tiada kuasa yang memerintah
·   Kekosongan politik – suatu masa atau keadaan sesebuah negara atau negeri yang tidak mempunyai sebuah kerajaan atau pemerintah
·   PKM mengambil kesempatan untuk menguasai keadaan Tanah Melayu
·   Tanah Melayu dikuasai oleh cawangan tentera PKM iaitu Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) selama 14 hari
·   Tentera MPAJA dikenali sebagai “Bintang Tiga”
·   MPAJA telah menguasai – bandar, daerah2 penting, balai polis & pejabat pentadbiran kerajaan
·   MPAJA juga menjalankan;
·    Undang2 sendiri seperti – menghukum sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun
·   Mengenakan cukai kepala, cukai harta & cukai tanah
·   Antara  keganasan MPAJA;
·   Menculik & menyeksa sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun
·   Menghukum penduduk yang menganiayai orang Cina
·   Merampas harta benda orang kampung
·   Membunuh sesiapa yang dianggap bersalah
·   Contoh keganasan;
·   Di Batu Pahat – PKM membunuh seorang penghulu yang dianggap bersubahat dengan Jepun
·   Pegawai Daerah yang cuba berunding juga dibunuh
·   Di Jelebu, Negeri Sembilan – PKM mencemarkan masjid & surau
·   Di Kampung Bakor & Sungai Manik, Perak – PKM membakar rumah2 yang berpenghuni di waktu malam
·   Kesan keganasan;
·   Berlaku ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM orang Cina
·   Penduduk Melayu bangkit menentang PKM
·   Berlaku huru-hara di bebarapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu
·   Contoh – di Batu Pahat & Muar – orang Melayu pimpinan Kiai Salleh Karim bergabung tenaga menyerang orang Cina di bandar Batu Pahat
·   Berjaya dihalang oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Dato’ Onn Jaafar
·   Ketegangan kaum ini berjaya diatasi oleh Pentadbiran Tentera British

Pentadbiran Tentera British
·   PTB – merupakan pentadbiran tentera yang diperkenalkan British pada September 1945
·   Diketuai oleh Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam – Sir Ralph Hone
·   Tujuan PTB – melaksanakan suatu pentadbiran peralihan sebelum sebuah pentadbiran awam diperkenalkan
·   Antara kejayaan PTB:
·   Menghapuskan kuasa PKM selama 14 hari di Tanah Melayu
·   Memujuk PKM & MPAJA serah senjata
·   Kawal & hentikan pergaduhan kaum
·   Wujudkan keamanan & tegakkan undang2
·   Kesan;
·   Berjaya mengamankan Tanah Melayu
·   British perkenalkan Malayan Union

2.2       MALAYAN UNION (MU)
·   Diisytiharkan British pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur
·   Gabenor pertama – Sir Edward Gent
·   MU menggantikan PTB di Tanah Melayu
·   Malayan Union merupakan;
·    Usaha British mengukuhkan pengaruh politik & ekonominya di Tanah Melayu
·   Penjajahan secara mutlak oleh British


Tujuan Penubuhan MU
·   Mengurangkan & mengawal kuasa politik orang Melayu
·   Menjimatkan perbelanjaan British – NNS, NNMB & NNMTB
·   Menjamin terus penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu
·   Memastikan sumbangan golongan imigran tidak terjejas sebagai sumber tenaga kerja, pelabur & pengembang ekonomi Tanah Melayu
·   Mengukuhkan pertahanan British di Tanah Melayu & Asia Tenggara
·   Mewujudkan suatu pentadbiran cekap & seragam
·   Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri
·   Membentuk satu bangsa Malayan Union

Ciri-Ciri Malayan Union
·   MU berjaya mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada sebuah Tanah Jajahan Mahkota
·   Negeri naungan – negeri yang dilindungi oleh British & raja2 Melayu masih menjadi ketua negeri
·   Tanah Jajahan Mahkota – negeri yang diperintah oleh British secara langsung & berada di bawah Parlimen British iaitu Melaka & Pulau Pinang
·   MU mewujudkan satu pentadbiran bersifat ‘kesatuan’
·   Ciri-ciri utama;
·   NNMB, NNMTB & NNS digabungkan menjadi satu unit politik
·   Dibentuk Majlis Eksekutif & Majlis Undangan Malayan Union
·   Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh Raja England
·   Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli yang menjadi asas kerakyatan MU
·   Raja2 menjadi ahli Majlis Melayu (Majlis Raja2 Melayu) yang hanya membincangkan soal agama Islam & adat istiadat Melayu
·   Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir
·   Parlimen British menjadi pemutus undang2 MU

Bentuk Pentadbiran Malayan Union
·   Parlimen British – pemutus undang2 MU
·   Gabenor MU -  dilantik Raja England
·   Gabenor dibantu oleh Majlis Eksekutif, Majlis Undangan & Majlis Melayu (Majlis Raja2 Melayu
·   Pesuruhjaya Negeri – sebagai ketua pentadbir  setiap negeri

2.3       REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION

·   Terdapat pelbagai reaksi (tindak balas)
·   Ada yang menyokong & ada yang menentang

i. Golongan Yang Menyokong MU:
·   Disokong sekumpulan kecil orang Melayu yang radikal & golongan imigran
·   Antara golongan radikal Melayu;
·   PKMM – Parti Kebangsaan Melayu Malaya
·   PKMM ditubuhkan Oktober 1945 oleh PKM di Ipoh & Presiden pertamanya ialah Mokhtaruddin Lasso, Ketua Rejimen 10 Melayu, PKM
·   API – Angkatan Pemuda Insaf
·   AWAS – Angkatan Wanita Sedar
·   BATAS – Barisan Tani Malaya
·   Alasan sokongan;
·   MU akan menyatukan sistem pentadbiran Tanah Melayu
·   Mu melahirkan pentadbiran baru & tidak berasaskan kuasa raja & pembesar Melayu
·   Menyokong kerakyatan terbuka
·   Penyatuan pentadbiran agama Islam bagi seluruh Tanah Melayu
·   Percaya dengan janji British akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu
·   Antara golongan yang menyokong pendirian radikal Melayu;
·   PKM
·   MDU (Malayan Democratic Union) – parti politik yang berpusat di Singapura & ahlinya terdiri daripada yang berpendidikan Inggeris
·   AMCJA (All Malayan Council of Joint Action) – merupakan gabungan golongan imigran diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock
·   Alasan sokongan;
·   MU menguntungkan kerana kerakyatan yang terbuka kepada sesiapa sahaja
·   MDU mencadangkan Singapura dimasukkan ke dalam MU

ii. Golongan Yang Menentang MU:
·   Ditentang kebanyakan peribumi Tanah Melayu

Sebab-Sebab Penentangan
·   Penghapusan kedaulatan & kuasa raja2 Melayu – hanya menjadi ahli Majlis Raja2 Melayu, hilang takhta & maruah, pungutan zakat diletakkan di bawah kuasa gabenor British
·   Tamadun orang Melayu terhakis – sistem beraja, bahasa Melayu, tulisan Jawi, Ketuanan Melayu tercabar & orang Melayu akan hilang tanah air
·   Kerakyatan yang terlalu liberal – jus soli mengancam status quo orang Melayu & jumlah orang Melayu terancam akibat kerakyatan imigran terlalu mudah
·   Membantah tindakan Sir Harold MacMichael mengancam raja2 Melayu – turun takhta & tidak diberi masa cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri

Cara Penentangan Terhadap MU
·   Dalam 3 bentuk – secara individu, melalui akhbar & secara kolektif

i. Secara Individu:
·   Peranan Dato’ Onn Jaafar
·   Pada 23 Januari 1946 beliau menulis surat kepada akhbar Utusan Melayu
·   Tujuan – menyeru orang Melayu mengadakan kongres & menubuhkan U.M.O (United Malays Organization)
·   Raja2 Melayu membantah MU – menghantar surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan kerana dipaksa menerima MU
·   Kesan - bantahan orang Melayu menimbulkan kesedaran raja2 Melayu supaya berganding bahu menentang MU
·   Sokongan – tindakan orang Melayu disokong bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, R.O Winstedt, Sir Frederick Weld & Sir Cecil Clementi
·   Mereka menentang cadangan MU secara terbuka dalam akhbar The Times di London

ii. Melalui Akhbar:
·   Menyuarakan bantahan melalui akhbar Majlis, Utusan Melayu & Warta Negara
·   Akhbar Majlis – akhbar pertama menyeru orang Melayu menentang Mu
·   Utusan Melayu – pada 12 Oktober 1945 menyeru raja2 Melayu berfikir jika MU tidak ditentang
·   Warta Negara – pada 14 November 1945 menggesa orang Melayu menentang MU

iii. Secara Kolektif (Beramai-Ramai):
·   Penentangan lebih berbentuk penyertaan masyarakat iaitu secara demonstrasi, menubuhkan persatuan2 Melayu, menubuhkan Kongres Melayu 1946 & mengadakan rapat umum

a. Orang Melayu mengadakan demonstrasi secara aman
·   Contoh demonstrasi;
·   Di Alor Setar – seramai 50 000 orang
·   Di Kota Bharu – seramai 10 000 orang
·   Di Johor Bharu – orang ramai berkumpul di hadapan Masjid  Sultan Abu Bakar
·   Tujuan demonstrasi;
·   Membantah cara Sir Harold MacMichael memperoleh tandatangan raja2 Melayu
·   Membantah MU yang akan menghapuskan kedaulatan negeri2 Melayu & kedudukan orang Melayu sebagai anak negeri
·   Contoh slogan yang digunakan;
·   “Tanah Melayu Hak Melayu, Malayan Union Tidak Dikehendaki”
·   “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”

b. Menubuhkan persatuan2 Melayu
·   banyak persatuan Melayu ditubuhkan & dihidupkan semula
·   tujuan – menentang Mu secara berorganisasi
·   contoh – Persatuan Melayu Terengganu & Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor
·   persatuan2 menghantar telegram & surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
·   mereka menolak sama sekali pentadbiran MU
·   contoh – Telegram Islamic Voice of Malaya, Pulau Pinang

c. Menubuhkan Kongres Melayu 1946
·   Kongres Melayu pertama diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur
·   Dihadiri 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu
·   Dirasmikan oleh Sultan Selangor iaitu Sultan Hishamuddin Alam Shah & menderma sebanyak $500
·   Pengerusi Kongres Melayu yang pertama – Dato’ Onn Jaafar
·   Hasil kongres – bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)
·   Mendapat sambutan hebat
·   Orang ramai membawa sepanduk patriotik menentang MU
·   Tampil berucap – wakil kaum Ibu iaitu Che Maznah & wakil kanak2
·   Kata2 “Wahai bapa2 kami, peliharalah hak2 kami sementara kami besar” menjadi pendorong & penguat semangat perjuangan

·   Kongres Melayu Kedua diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946
·   Tujuan – membantah pengisytiharan MU yang akan diadakan pada 1 April 1946
·   Dihadiri 9 wakil persatuan2 negeri Melayu
·   Mesyuarat diadakan di pejabat akhbar Majlis di Kuala Lumpur
·   Memutuskan 3 perkara penting;
(i) Meminta raja2 Melayu memulaukan majlis pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU
(ii)  Meminta orang Melayu yang dilantik menganggotai sebarang majlis pentadbiran MU memulaukan pelantikan itu
(iii) Menuntut orang Melayu berkabung selama 7 hari dengan melilitkan kain putih pada songkok

d. Mengadakan rapat umum
·   Diadakan semasa lawatan L.D. Gammans & David Rees Williams (ahli Parlimen British) di setiap bandar pada Mei 1946
·   Tujuan lawatan untuk melihat sejauh mana orang Melayu benar2 menentang MU
·   Orang Melayu berkumpul di Singapura, Johor Bharu, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Setar & George Town
·   Orang Melayu membawa sepanduk yang mengutuk MU & Sir Harold MacMichael

Peranan Kaum Wanita / Kaum Ibu Dalam Menentang Pelaksanaan MU
·   Memainkan peranan penting menyokong penuh perjuangan UMNO menentang MU
·   Antaranya;
·   Halimahton Majid – pemimpin Kaum Ibu UMNO, Rembau berucap dalam perhimpunan kaum ibu membantah MU
·   Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid – Setiausaha Kaum Ibu UMNO yang pertama – telah mengetuai Bahagian Wanita Perikatan Melayu Perak & bergabung tenaga dengan kaum lelaki menyokong Kongres Melayu 1946
·   Cikgu Zahara Abdullah – berucap menentang MU di Batu Pahat
·    Di Selangor, Persatuan Kaum Ibu Selangor telah ditubuhkan khusus menentang MU
·   Peranan kaum ibu ini telah mendapat pujian daripada Dato’ Onn Jaafar

2.4       PENUBUHAN UMNO
·   Keputusan penubuhan UMNO dibuat dalam Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
·   Pada 11 Mei 1946, sebanyak 29 buah persatuan menandatangani penubuhan UMNO di Istana Besar, Johor Bharu
·   Yang Dipertua pertama – Dato’ Onn Jaafar

Tujuan Penubuhan UMNO
·   Menjadi wadah perjuangan orang Melayu bagi memperkasa kemajuan bangsa
·   Tujuan penubuhan berubah mengikut keperluan semasa
·   Contoh perubahan;

i. Tahun 1946;
·   Menentang Malayan Union
·   Menyatukan orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu
·   Mewujudkan satu organisasi nasional
·   Menjaga kepentingan politik & ketuanan Melayu
·   Memajukan pendidikan orang Melayu
·   Melindungi kepentingan orang Melayu tetapi belum bersedia menuntut kemerdekaan

ii. Tahun 1949;
·   Menjalankan fungsi sebuah parti siasah (berkaitan politik & pentadbiran) di Tanah Melayu yang sempurna sebagai penyatu bangsa Melayu
·   Menjalankan ikhtiar & langkah dengan tujuan mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang memerintah Tanah Melayu
·   Memajukan orang Melayu dalam hal berkaitan dengan perkara siasah, kebajikan hidup, kebudayaan & ikhtisas (berkaitan ekonomi)
·   Menjadi pelindung kedaulatan tanah air
·   Mula menuntut kemerdekaan

Perjuangan Tokoh UMNO
·   Tokoh2 UMNO terlibat secara langsung dalam jawatankuasa penggubalan perlembagaan UMNO tahun 1949
·   Antaranya;

i. Dato’ Onn Jaafar
·   Yang Dipertua UMNO pertama (1946-1951)
·   Merupakan pengasas UMNO
·   Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Kuala Kangsar & England
·   Sebelum memimpin UMNO, beliau bertugas sebagai Pegawai Tadbir Johor & wartawan yang terkenal
·   Tahun 1946 dilantik menjadi Menteri Besar Johor kerana berjaya memulihkan keamanan di Batu Pahat semasa pergaduhan kaum (keganasan 14 hari)
·   Merupakan orang pertama menyeru orang Melayu bersatu secara berorganisasi di peringkat nasional
·   Beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah parti politik bertujuan menentang MU
·   Berjaya menganjurkan Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
·   Sumbangan terbesar – menyatukan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu & berjaya menumbangkan MU
·   Menjelajah ke seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan kepada Britisih bantahan orang Melayu terhadap MU
·   Berjaya memujuk raja2 Melayu memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU
·   Menjadi ahli jawatankuasa yang menggubal Perlembagaan UMNO tahun 1949
·   Beliau mengambil beberapa perlembagaan parti luar negara sebagai panduan

ii. Dato’ Panglima Bukit Gantang (1905-1959)
·   Nama sebenar – Abdul Wahab bin Abdul Aziz
·   Merupakan Setiausaha Agung UMNO pertama
·   Berpendidikan di Anderson School, Ipoh, Perak & Inner Temple, England
·   Apabila MU diperkenalkan beliau menubuhkan Perikatan Melayu Perak – tujuan menyokong Kongres Melayu menggagalkan MU
·   Beliau menjadi Ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun 1948-1953

iii. Dato’ Nik Ahmed Kamil Nik Mahmud (1909-1977)
·   Merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Pusat & Ketua UMNO Kelantan
·   Mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu & Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak
·   Beliau melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, London, England
·   Beliau menjadi peguam yang bertauliah
·   Pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan tahun 1948-1955

iv. Zainal Abidin bin Ahmad (Zaaba) – 1895-1973
·   Dianggap seorang intelektual Melayu
·   Digelar Pendeta Bahasa Melayu yang ulung
·   Berasal dari Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
·   Terlibat dalam Kongres Melayu tahun 1946
·   Dato’ Onn Jaafar meminta beliau menguruskan persidangan kongres tersebut
·   Beliau juga mencadangkan kepada Dato’ Onn Jaafar supaya menambah perkataan “kebangsaan” atau national ke dalam United Malays Organization (UMO) menjadi United Malays National Organization (UMNO)

Perjuangan & Perkembangan UMNO
·   Berjaya memajukan orang Melayu dalam bidang politik, ekonomi, sosial & pendidikan
·   Sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu
·   UMNO mewakili kepentingan orang Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO
·   Perjuangan utama UMNO ialah;
·   Menumbangkan MU
·   Menyatupadukan orang Melayu
·   Memperjuangkan ‘ketuanan Melayu’
·   Menghapuskan semangat kenegerian & kedaerahan orang Melayu
·   Mewujudkan sebuah parti politik bercorak kebangsaan
·   Memajukan pendidikan orang Melayu
·   Mengusahakan kemajuan ekonomi & kebajikan orang Melayu
·   Beberapa mesyuarat agung diadakan di bandar2 besar
·   Contoh;
·   Jun 1946 – di Kota Bharu, Kelantan
·   Tahun 1948 – di Pulau Pinang & dirasmikan Sultan Kedah iaitu Sultan Badlishah
·   Biasanya mesyuarat agung UMNO dirasmikan oleh sultan atau raja2 Melayu setempat
·   Menunjukkan perjuangan UMNO direstui
·   Tahun 1946 – Piagam UMNO 1946 dibentuk yang merupakan perlembagaan UMNO pertama
·   Tujuan – sebagai garis panduan untuk UMNO bergerak
·   Piagam ini mempunyai 5 bab
·   Tahun 1949 – Perlembagaan UMNO 1949 yang pertama diluluskan untuk menjadikan UMNO sebuah parti politik yang kukuh


Lambang UMNO
·    Menjadi identiti UMNO, antaranya;
(i) Logo UMNO – dalam tulisan Jawi iaitu perkataan PEKEMBAR

(ii) Cogan kata“HIDUP MELAYU” – dicipta oleh Dato’ Onn Jaafar untuk menyatukan ahli UMNO
·   Cogan kata ini sebenarnya merupakan slogan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pimpinan Dato’ Onn Jaafar sendiri
·   Bulan Mac 1950 – cogan kata ini ditukar kepada “Merdeka” atas cadangan wakil Pemuda Bahagian UMNO Batu Pahat iaitu Syeikh Gharieb Raub

(iii) Bendera UMNO – terdiri drpd warna merah, putih, kuning & hijau
·   Merah – keberanian
·   Putih – kesucian & keikhlasan
·   Kuning – lambang raja
·   Hijau – keris hijau lambang agama Islam & tamadun Melayu
·   Pemilihan bendera diputuskan dalam persidangan UMNO di Ipoh, Perak pada Jun 1946
·   Dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur
·   Bendera UMNO pertama kali dikibarkan pertama kali pada Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang 27 Julai 1947

2.5       PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

·   Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan pada 1 Februari 1948
·   Tujuan – menggantikan MU
·   Merupakan kejayaan penting kepada perjuangan orang Melayu




Rundingan Awal Ke Arah Penubuhan PTM

i. Rundingan Menolak Pelaksanaan MU
·   Sejak Januari hingga Mei 1946 orang Melayu mengadakan bantahan secara aman
·   Tujuan – menolak MU
·   Mei 1946 – raja2 Melayu mengadakan pertemuan dengan British di Kuala Kangsar
·   Tujuan – menyampaikan pandangan menolak MU
·   Jun 1946 – rundingan UMNO dengan British di Pulau Pinang
·   Kesan;
·   British mengadakan rundingan rasmi dengan raja2 Melayu & UMNO
·   Raja2 Melayu & UMNO menyerahkan satu memorandum menyatakan bantahan terhadap MU secara rasmi

ii. Rundingan Menubuhkan PTM
·   Pada 25 Julai 1946 Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan
·   Dianggotai pegawai kanan British, wakil raja2 Melayu & wakil UMNO
·   Perbincangan rasmi diadakan beberapa kali di King’s House, Kuala Lumpur
·   Beberapa tuntutan dikemukakan, antaranya;
  1. Raja2 Melayu & orang Melayu menolak semua prinsip & struktur MU
  2. Mereka mahukan sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu
  3. Mereka menolak kerakyatan jus soli
  4. Mereka mahu taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan semula
  5. Mendesak raja2 Melayu menjadi ketua negeri2 Melayu
·   Kesan rundingan;
·   British setuju membentuk PTM kerana tidak mahu orang Melayu menentang secara kekerasan
·   British tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu
·   Sikap sederhana orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan British & sikap pemimpin2 UMNO sentiasa berunding menyedarkan British
·   British mengubah dasarnya & melaksanakan dasar dekolonisasi  (proses membebaskan negeri yang dijajah) yang digalakkan oleh PBB

No comments:

Post a Comment

Flickr

..
 
CERITERA SEJARAH - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.