Wednesday, February 1, 2012

Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak

BAB 6
PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SARAWAK DAN SABAH
 
6.1 PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SARAWAK

·   Sarawak dikuasai oleh keluarga Brooke
·   Tahun 1941 Charles Vyner Brooke perkenalkan Perlembagaan 1941 sempena Perayaan 100 Tahun Pengambilan Sarawak
·   Perlembagaan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Sarawak diserang oleh Jepun dari tahun 1941 hingga 1945

Sarawak Selepas Kekalahan Jepun:
·   Selepas PD II British perkenalkan Pentadbiran Tentera British (PTB) pada 10 September 1945
·   Antara peranan PTB ialah;
i. Mengembalikan ketenteraman Sarawak
ii. Memulihkan ekonomi Sarawak
iii. Mengemas kini pentadbiran Sarawak

·   Sarawak dikuasai PTB sehingga 1 Julai 1945

SARAWAK DISERAHKAN KEPADA KERAJAAN BRITISH

·   British berusaha mengambil alih pentadbiran Sarawak daripada keluarga Brooke
·   Charles Vyner Brooke ambil keputusan serahkan Sarawak kepada British
·   Charles Vyner Brooke merupakan Raja Putih Sarawak yang terakhir
·   Antara sebab2 yang mendorong penyerahan Sarawak kepada British;
i. Desakan kerajaan British agar keluarga Brooke serahkan Sarawak demi pelaburan British terjamin di Sarawak
ii. Pertikaian keluarga Brooke – Charles Vyner Brooke sudah tua & ingin bersara tetapi tiada waris pengganti kecuali anak saudaranya Anthony Brooke
iii. Masalah kewangan kerana Sarawak musnah akibat perang & Charles Vyner Brooke tidak mempunyai sumber kewangan untuk bangunkan semula Sarawak

Peristiwa Penyerahan Sarawak:
·   Disember 1945 rundingan dibuat antara Charles Vyner Brooke dengan British
·   Brooke diwakili Gerard T. MacBryan diutus untuk dapatkan tandatangan ketua2 bumiputera & pemimpin tempatan dalam Majlis Tertinggi Sarawak
·   Gerard T. MacByran berjaya mendapatkan persetujuan dengan cara tipu helah
·   8 Februari 1946 Charles Vyner Brooke isytiharkan keputusan persetujuan Majlis Tertinngi Sarawak untuk serahkan Sarawak kepada British
·   timbulkan bantahan pelbagai pihak terutama orang Melayu & Iban
·   Akibatnya Pejabat Tanah Jajahan meminta Charles Vyner Brooke dapatkan persetujuan penyerahan Sarawak secara perundangan & demokrasi
·   Charles Vyner Brooke merujuk kepada Majlis Negeri
·   Setelah bersidang selama 3 hari Majlis Negeri luluskan Rang Undang2 Penyerahan Sarawak atau Cession Bill
·   18 undi menyokong penyerahan & 16 undi menentang
·   Usul penyerahan disokong oleh ahli bukan bumiputera
·   Pada 1 Julai 1946 British isytiharkan Sarawak sebagai Jajahan Mahkota British
·   Sir Charles Arden Clarke dilantik Gabenor British pertama di Sarawak

GERAKAN ANTIPENYERAHAN DI SARAWAK

·   Penyerahan Sarawak kepada British dibantah orang Melayu & Iban
·   Gerakan ini berlaku dari 1946 hingga 1949
·   Masyarakat Melayu diketuai Datu Patinggi Abang Haji Abdillah bin Datu Patinggi Haji Mohammad Kassim
·   Beliau merupakan ketua datu2 masyarakat Melayu & kaum Melayu terpelajar & seorang bekas guru
·   Bantahan turut disertai oleh;
i.  Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
ii. Barisan Pemuda Melayu Sibu (BPMS)
iii. Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
iv. Persatuan Dayak Sarawak (PDS)

·   Gerakan penentangan ini dikenali sebagai Gerakan Antipenyerahan Sarawak

Faktor Berlakunya Gerakan Antipenyerahan Sarawak:
·   Penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan 1941 Sarawak yang menjanjikan kerajaan sendiri
·   Charles Vyner Brooke membuat keputusan sendiri tanpa berunding dengan ketua2 bumiputera & melalui tipu muslihat
·   Barisan Pemuda Melayu meminta Anthony Brooke (anak saudara) dilantik sebagai Rajah Sarawak yang baru demi meudahkan tuntutan kemerdekaan Sarawak

PENENTANGAN & REAKSI BRITISH

Cara Penentangan:
i. Menghantar Surat Bantahan
·   Golongan antipenyerahan bertindak menghantar surat bantahan, kawat & telegram kepada British
·   British tidak mengendahkan bantahan

ii. Menampal Poster
·   Poster ditampal di seluruh pelosok kampung
·   Setiap kampung dikerah membuat poster & sepanduk
·   Antara kata2 yang ditulis ialah;
  1. “Kami Membantah dengan Sekeras-kerasnya Atas Tindakan Brooke Menyerahkan Sarawak Kepada Kolonial Inggeris”
  2. “Sarawak Adalah Hak Kami. Leburkan Kolonial”

iii. Penglibatan Kaum Wanita
·   Wanita terlibat dalam demonstrasi penentangan
·   Antaranya;
  1. Kaum ibu PKMS diketuai Cikgu Lily Eberwein telah pergi ke kawasan pedalaman untuk mendapat sokongan & simpati orang Iban
  2. Kaum ibu BPM seperti Puan Sharifah Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang Fauziah & Cikgu Ajibah Abol yang sanggup berkorban masa & tenaga

Tindakan Penentangan Rakyat Sarawak:
·   British dapati golongan antipenyerahan daripada kalangan kakitangan kerajaan terutama guru Melayu
·   Disember 1946 British keluarkan notis iaitu Pekeliling No.9
·   Ia berkaitan amaran British kepada kakitangan kerajaan supaya tidak terlibat dalam gerakan antipenyerahan
·   Ia menambahkan lagi kemarahan  kepada British
·   2 April 1947 seramai 338 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan
·   Sebahagian besar adalah guru Melayu
·   Akibatnya 22 buah sekolah kerajaan  terpaksa ditutup
·   Seramai 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak meninggalkan pengajian & membantah pekeliling tersebut
·   Kesan;
- berlaku tunjuk perasaan besar2-an setiap 1 Julai
- terbesar di Kuching pada 1 Julai 1947 disertai PKMS, BPM & PDS
- membantah pelantikan Gabenor Sarawak pertama iaitu Sir Charles Arden Clarke
·   Penentangan bertambah hebat apabila Barisan Pemuda Melayu (BPM) mengadakan perhimpunan yang dihadiri 250 orang perwakilan bumiputera seluruh cawangan BPM

Reaksi & Tindakan British:

i. Reaksi British Peringkat awal:
·   Awalnya British anggap gerakan antipenyerahan bersifat sementara & tidak lama
·   Anggapan British meleset kerana gerakan mendapat sokongan rakyat Sarawak
·   Antara tindakan British;
  1. British giatkan usaha untuk melemahkan gerakan dengan pecahbelahkan perpaduan kaum
  2. British galakkan penubuhan Young Malay Association (YMA) yang sokong penyerahan Sarawak kepada British
  3. British melaga2kan orang Melayu dengan orang Dayak supaya kedua2 bertelagah
  4. British memburuk2kan pejuang gerakan antipenyerahan dengan menuduh perjuangan mereka hanya untuk kekalkan hak istimewa orang Melayu Sarawak sahaja
  5. British persenda, hina & cemuh golongan antipenyerahan dalam majlis2 rasmi mereka
·   Kesan-kesan;
  1. Tahun 1947 gerakan antipenyerahan makin lemah akibat pelbagai propaganda British
  2. Golongan muda BPM Sibu tubuhkan ‘Rukun Tiga Belas’ yang bercorak radikal – bersumpah hapuskan pemimpin Eropah & Melayu yang bersubahat
·   Rosli Dhobi (anggota Rukun 13) ditugaskan membunuh Sir Duncan Steward iaitu Gabenor Sarawak ke-2 di Sibu
·   Rosli Dhobi merupakan pejuang Rukun 13 yang sanggup berkorban diri untuk bebaskan tanah air
·   Beliau menulis sajak dalam Utusan Sarawak menggunakan nama samaran Lidros iaitu bertajuk ‘PanggilanMu Yang Suci’

ii. Reaksi British Secara Kekerasan:
·   3 Disember 1949 Sir Duncan Steward melawat Sibu
·   Beliau ditikam oleh Rosli Dhobi dengan sebilah pisau
·   Seminggu kemudian Sir Duncan Steward meninggal dunia di hospital Singapura
·   British bertekad gunakan kekerasan perangi golongan antipenyerahan
·   Mereka yang didapati bersalah dihukum gantung sampai mati iaitu;
  1. Rosli Dhobi
  2. Awang Rambli Mohd Deli
  3. Bujang Suntong
  4. Morshidi Sidek
·   Anggota Rukun 13 yang lain dipenjarakan
·   British mengharamkan Persatuan Melayu Sarawak
·   Kesannya;
  1. British berjaya lumpuhkan gerakan antipenyerahan
  2. Awal 1950-an British kukuhkan kedudukan di Sarawak
  3. British kekal berkuasa hingga tahun 1963

LANGKAH KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SARAWAK
·   Antara langkah yang diambil;

i. Pentadbiran Sarawak Disusun Semula:
·   Bermula tahun 1946

No comments:

Post a Comment

Flickr

..
 
CERITERA SEJARAH - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.