Tuesday, February 14, 2012

Forum

Bincangkan  mengapakah selepas Jepun menyerah kalah kerajaan British mengisyhtiharkan Pentadbiran Tentera Tentera British pada September 1945 di Tanah Melayu

Pengumuman

Kepada semua pelajar Tingkatan 3 sesi 2012, anda semua diminta bersabar untuk menunggu soalan kerja kursus Sejarah untuk tahun ini kerana cikgu belum menerima soalan Kerja Kursus tersebut.  Semua pelajar boleh  mengikuti perkembangan kerja kursus ini melalui blog cikgu.

Kecemerlangan Sejarah anda adalah Kebahagiaan kami. Terima kasih.

Pengumuman

Ujian Pra Selaras 1 akan di adakan pada hari khamis 16 Februari 2012. Oleh yang demikian, pelajar tingkatan 3 harus bersedia dan mengulangkaji bab 1 hingga bab 3. Sebarang masalah boleh berjumpa terus dengan cikgu di bilik guru sebelum ujian di jalankan.

Harap maklum dan terima kasih.

Pengumuman

Kuiz bab 2 bagi Sejarah Tingkatan 3 akan di adakan pada minggu hadapan. Diharap semua pelajar bersedia dan mengulangkaji pelajaran bagi bab 2.

Terima kasih.

Pengumuman

Pelajar Tingkatan 3 Tawakkal dan 3 Unggul yang masih belum menghantar buku latihan modul sejarah di minta menyiapkan latihan anda dan menghantar dengan segera untuk mengelakkan markah anda di potong.

Kerjasama pelajar-pelajar semua amat saya hargai. Terima kasih.

Pengumuman

Kepada semua pelajar Tingkatan 3 sesi 2012, anda semua boleh mendapatkan nota untuk topik tingkatan 3 di blog saya.

Monday, February 6, 2012

Modul Latihan

Latihan untuk Sejarah Tingkatan Tiga boleh di ambil di sini

Koleksi Video Sejarah Tingkatan 3

Kapal HMS Repulse

   

Kearah Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

       

Pengisyhtiharan Kemerdekaan

 
   
 Lagu Kamigayo

 

Sorotan Kecintaan Kesayuan Sejarah

Sepanjanng eksplorasi ini, saya berkesempatan melihat sendiri peninggalan kubu Pertahanan Jepun dalam tempoh menakluki Tanah Melayu. Kubu ini berada berhampiran dengan Pasar Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Bagi pelajar-pelajar yang hanya berpeluang melihat gambar di dalam buku teks, disini cikgu paparkan untuk tatapan bersama.





Sorotan Kecintaan Kesayuan Sejarah

Disini saya  menunjukkan antara koleksi gambar yang sempat kami ambil semasa sesi Sorotan Kecintaan Sejarah di Pantai Sabak untuk tatapan bersama.

Pelajar MRSM Tumpat yang mengikuti saya dalam eksplorasi Pantai Sabak.


 Berjalan di sekitar kampung untuk mengetahui keadaan Pantai Sabak dengan lebih dekat

 

Basikal Jepun yang masih digunakan di Pantai Sabak



Sunday, February 5, 2012

Sorotan Kecintaan Kesayuan Sejarah

    Sorotan Kecintaan Sejarah kali ini telah membawa saya dan juga lapan orang pelajar MRSM Tumpat untuk melihat sendiri dengan lebih dekat tempat pendaratan tentera Jepun yang pertama di Tanah Melayu pada tahun 1941. Apa yang pasti, Sorotan Kecintaan ini telah memberi peluang dan ruang kepada pelajar dan saya  untuk melihat sendiri keadaan sebenar Pantai Sabak yang kira-kira 30 Kilometer daripada MRSM Tumpat. Sebelum ini, saya sendiri hanya sekadar membaca dan melihat di internet, tetapi peluang  saya berkhidmat di negeri Cik Siti Wan Kembang ini saya gunakan untuk mengeksplorasi  hasil Sejarah yang ada. Untuk Sorotan Kecintaan Sejarah kali ini kami mengambil masa hampir satu hari untuk melihat tempat pendaratan Jepun ini. 

    Kini, keadaan di Pantai Sabak berubah dimamah zaman. Keadaan pantai yang kosong dan tandus menjadikan suasana pantai ini  yang dahulunya kaya dengan tinggalan sejarah kini hanya mampu melayangkan persoalan di kotak fikiran generasi sekarang dan akan datang . Sebagai contoh, kubu pertahanan pihak british semasa peperangan pada tanggal 8 Disember 1941 sudah pun roboh.  Ekoran daripada itu, pada tanggal 6 september 2011, kontinjen MRSM Tumpat telah pergi ke Pantai Sabak untuk menyingkap serba sedikit hasil tinggalan sejarah semasa penaungan Jepun di Tanah Melayu . Dalam perjalanan kami ke sana dalam keasyikan menghayati keindahan alam, bagai orang mengantuk disorongkan bantal apabila kami melihat kelibat seorang pelajar sekolah rendah yang sedang menunggang sebuah basikal yang dipercayai bahawa basikal tersebut ialah basikal jepun . Bahkan, para pelajar saya begitu teruja melihat  sendiri  beberapa rangkai perkataan jepun dilekatkan pada basikal tersebut kerana sebelum ini mereka hanya berpeluang melihat dalam ensiklopedia berkaitan . Dalam pada itu , kami sempat lagi mengambil beberapa foto untuk dijadikan bahan bukti eksploirasi Kecintaan Sejarah  kami untuk tatapan bersama. 
          Kini, yang tinggal hanyalah serpihan-serpihan kubu pertahanan Jepun. Perkongsian video ini di harap dapat membuka mata pelajar-pelajar di luar dari negeri Kelantan tentang keadaan sebenar Pantai Sabak pada hari ini. Jika diberi peluang, tidak salah kiranya para pelajar semua datang melawat tempat berlakunya Perang Dunia ke II ini, dengan satu hasrat agar kita sama-sama mencintai negara kita Malaysia.


Wednesday, February 1, 2012

Malaysia Yang Berdaulat

BAB 7
MALAYSIA YANG BERDAULAT

7.1 GAGASAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

·   Merupakan cadangan penggabungan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah & Brunei
·   Ditadbir dalam satu unit politik

IDEA PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

·   Cadangan dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman
·   Merupakan perjuangan untuk bebaskan Sarawak, Sabah, Singapura & Brunei daripada penjajahan British
·   Gabungkan negeri2 berkenaan dengan Tanah Melayu & membentuk Persekutuan Malaysia

CADANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN

·   Tunku Abdul Rahman kemukakan cadangan semasa majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan2 Luar Asia Tenggara
·   Bertempat di Hotel Adelphi, Singapura 27 Mei 1961
·   Mendapat sambutan positif pemimpin2 wilayah terbabit
·   Julai 1961 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan
·   Tujuan adakan rundingan dengan pemimpin2 wilayah terlibat
·   Tiga bulan kemudian Tunku Abdul Rahman membawa idea ini ke Dewan Rakyat
·   Gagasan ini mendapat liputan meluas akhbar Berita Harian – “Melayu Raya: Cadangan Tengku dapat sambutan”

MATLAMAT PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

i. Mempercepatkan Kemerdekaan:
·   Sarawak, Sabah & Singapura bersaiz & berpenduduk kecil sukarkan usaha mendapat kemerdekaan sendiri
·   Mempercepatkan kemerdekaan Sabah, Sarawak & Singapura

ii. Keseimbangan Kaum:
·   Mengimbangi penduduk Melayu & bumiputera dengan bukan bumiputera dalam Persekutuan Malaysia

iii. Memajukan Sosioekonomi:
·   Wujudkan satu kawasan pasaran ekonomi lebih luas
·   Menyatukan sumber tenaga manusia & sumber asli di kalangan negeri
·   Hapuskan sekatan cukai di kalangan negeri Persekutuan
·   Memudahkan usaha untuk menarik pemodal luar
·   Memajukan taraf hidup rakyat Sarawak, Sabah & Brunei

iv. Keselamatan & Kestabilan Negara:
·   Selamatkan Singapuea & Sarawak daripada jatuh ke tangan komunis

7.2 REAKSI PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

·   Terdapat pelbagai reaksi, antaranya daripada;
a.    Negeri2 Terlibat
b.   Negara2 Jiran
c.    Negara2 Barat

a. Reaksi Negeri2 Terlibat:

i. Tanah Melayu:
·   Sambutan menggalakkan daripada parti2 politik Tanah Melayu
·   Sokongan rakyat ditunjukkan melalui perhimpunan pelajar di Universiti Malaya
·   Terdapat perbezaan pendapat tentang cara pelaksanaan tetapi penduduk terima prinsip gagasan
·   Contoh: Parti PAS sokong idea pembentukan tetapi juga cadangkan pembentukan Melayu Raya merangkumi Indonesia

ii. Singapura:
·   Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew sokong gagasan
·   Gagasan ini dapat selamatkan PETIR daripada dikuasai parti2 berhaluan kiri
·   Gagasan ditentang oleh Barisan Sosialis & Parti Rakyat Singapura kerana anggap gagasan adalah idea British untuk kekalkan pengaruh
·   Referendum (pungutan suara) diadakan bagi tujuan meninjau pendapat penduduk Singapura
·   Hasilnya – penduduk Singapura sokong gagasan

iii. Sabah:
·   Suara hati rakyat ditunjukkan melalui penubuhan parti2 politik baru
·   Antaranya;
a.    Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) – menyokong
b.   Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) – menyokong
c.    Parti Bersatu – awalnya menyokong dengan syarat Sabah merdeka dahulu tetapi akhirnya sokong tanpa syarat
d.   Parti Demokratik – awalnya menyokong dengan syarat Sabah merdeka dahulu tetapi akhirnya sokong tanpa syarat
e.    Pasok Momogun – awalnya menentang kerana anggap Sabah perlu bersatu dengan Sarawak & Brunei tetapi akhirnya sokong tanpa syarat
·   Kesannya;
a.       Semua parti politik di Sabah bergabung membentuk Perikatan Sabah pimpinan Donald Stephens & Tun Datu Mustapha bin Datu Harun
b.       Perikatan Sabah menang pilihan raya Majlis Daerah 1962
c.        Rakyat Sabah sepakat menyokong gagasan

iv. Sarawak:
·   Antara reaksinya adalah;
a.    Parti Negara Sarawak (PANAS) pada awalnya menentang kemudian menyokong penuh
b.   Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada awalnya menentang kemudian menyokong
c.    Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menentang kerana menganggap Sarawak perlu bersatu dengan Sabah & Brunei sahaja
d.   Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) menyokong  penuh
e.    Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) menyokong penuh
f.     Persatuan Cina Sarawak (SCA) menyokong penuh
·   Kesannya;
a.    Semua parti politik Sarawak ambil keputusan sertai Persekutuan Malaysia kecuali SUPP
b.   Parti2 tersebut membentuk Perikatan Sarawak
c.    Menang pilihan raya Majlis Daerah pertama tahun 1963

v. Brunei:
·   Idea gagasan disokong kuat Sultan Omar Ali Saifuddin
·   Ia ditentang oleh Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari
·   Alasan menentang – Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia
·   Parti Rakyat Brunei cadangkan penubuhan Kerajaan Kalimantan Utara – terdiri daripada Brunei, Sarawak & Sabah
·   Parti Rakyat Brunei melancarkan pemberontakan apabila usul menentangnya ditolak Majlis Undangan Negeri Brunei
·   Rundingan dilaksanakan hingga ke sata2 akhir
·   Akhirnya pada Julai 1963 Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia kerana tiada kata sepakat dalam 2 isu berikut;
a.    Isu minyak
b.   Isu kekananan Sultan Brunei dalam pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong

b. Reaksi Negara Jiran:

i. Indonesia:
·   Awalnya menyokong pembentukan Malaysia
·   Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio utus surat tahniah kerana usaha tersebut
·   Akhirnya pendirian Indonesia berubah & tidak menyokong gagasan kerana;
a.    Terpengaruh dakyah Parti Komunis Indonesia (PKI)
b.   PKI menuduh Persekutuan Malaysia sebagai neokolonialisme (penjajahan baru melalui tekanan ekonomi)
c.    Sebenarnya PKI tergugat dengan pembentukan Malaysia yang akan menyekat pengaruhnya
d.   Presiden Soekarno berhasrat menyatukan Indonesia dengan Tanah Melayu membentuk – Indonesia Raya

ii. Filipina:
·   Menentang  pembentukan Malaysia kerana mendakwa Sabah sebahagian wilayah Kesultanan Sulu miliknya
·   British tidak melayan tuntutan kerana dianggap tidak berasas
·   Laporan Suruhanjaya Cobbold & Suruhanjaya PBB sahkan rakyat Sabah setuju menyertai Malaysia

c. Negara2 Barat:
·   Disokong oleh kerajaan Britain & Amerika Syarikat
·   Mereka sokong kerana;
a.         Pembentukan Malaysia dapat mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah & Brunei
b.         Pengaruh komunis juga dapat disekat

7.3 Perjanjian & Perisytiharan Persekutuan Malaysia

Langkah2 Ke Arah Pembentukan Persekutuan Malaysia

Langkah 1:
·   27 Mei 1961 – gagasan Persekutuan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman

Langkah 2:
·   Julai 1961 – penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
·   Matlamat – memberi penerangan kpd pemimpin2 Sarawak & Sabah
·   Hasil laporan – penubuhan Suruhanjaya Cobbold

Langkah 3:
·   Februari hingga April 1962 – penubuhan Suruhanjaya Cobbold
·   Matlamat – meninjau pandangan penduduk Sarawak & Sabah
·   Hasil laporan – bersetuju sertai Malaysia

Langkah 4:
·   Ogos 1962 – penubuhan Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK)
·   Matlamat – bincangkan hak & kepentingan Sabah, Sarawak & Brunei untuk dimasukkan dalam perlembagaan
·   Hasil laporan – tuntutan 20 perkara Sabah (juga dipersetujui oleh Sarawak) dicadangkan & dimasukkan dalam perlembagaan

Langkah 4:
·   Penubuhan Referendum Singapura
·   Matlamat – meninjau pendapat penduduk Singapura
·   Hasil – bersetuju sertai Malaysia

Langkah 5:
·   Ogos 1963 – penubuhan Suruhanjaya PBB
·   Matlamat – meninjau semula pandangan penduduk Sarawak & Sabah atas permintaan Indonesia & Filipina
·   Hasil – penduduk Sabah & Sarawak setuju sertai Malaysia

Langkah 6:
·   16 September 1963 – perisytiharan Persekutuan Malaysia

Suruhanjaya Cobbold:
·   Tujuan – mendapatkan pandangan penduduk Sabah & Sarawak tentang penyertaan dalam Persekutuan Malaysia
·   Ahli – Muhammad Ghazali bin shafie, Wong Pow Nee, Lord Cobbold (Pengerusi), David Watherston & Anthony Abell
·   Hasil laporan:
  1. satu per tiga penduduk Sabah & Sarawak menyokong
ii.  satu per tiga penduduk sokong  tapi dgn syarat kepentingan mereka dilindungi
iii. satu per tiga penduduk ingin Sabah & Sarawak merdeka dahulu sebelum sertai Malaysia
·   laporan keseluruhan didapati semua penduduk Sabah & Sarawak setuju sertai pembentukan Malaysia

PENGISYTIHARAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
·   Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) & Tuntutan 20 Perkara
·   9 Julai 1963 – Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di Malborough House, London
·   Kandungan utama perjanjian:
i. Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan
ii. Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan kecuali Sarawak & Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
ii.           Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris & bahasa lain masih boleh digunakan
iii.          Bagi Sarawak & Sabah, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia
iv.          Sarawak & Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen & perkhidmatan awam
v.            Rakyat bumiputera di Sarawak & Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu

·   Isi perjanjian kemudian dimasukkan dlm Perlembagaan Persekutuan Malaysia
·   Memorandum Perjanjian Persekutuan Malaysia bagi Sabah & Sarawak diwakili Donald Stephens
·   Dokumen pemasyhuran Persekutuan malaysia diserahkan oleh yang di-Pertuan Agong kepada Tunku Abdul Rahman
·   16 September 1963 - Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri) bacakan Deklarasi Penubuhan Persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
·   Sebanyak 101 das tembakan meriam & laungan ‘MERDEKA’ sebanyak 7 kali dilaungkan
·   Pengisytiharan dilakukan di Kuching, Sarawak & di Kota kinabalu, Sabah

Flickr

..
 
CERITERA SEJARAH - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.