BAB 7
MALAYSIA YANG BERDAULAT
7.1 GAGASAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
· Merupakan cadangan penggabungan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah & Brunei
· Ditadbir dalam satu unit politik
IDEA PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
· Cadangan dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman
· Merupakan perjuangan untuk bebaskan Sarawak, Sabah, Singapura & Brunei daripada penjajahan British
· Gabungkan negeri2 berkenaan dengan Tanah Melayu & membentuk Persekutuan Malaysia
CADANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN
· Tunku Abdul Rahman kemukakan cadangan semasa majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan2 Luar Asia Tenggara
· Bertempat di Hotel Adelphi, Singapura 27 Mei 1961
· Mendapat sambutan positif pemimpin2 wilayah terbabit
· Julai 1961 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan
· Tujuan adakan rundingan dengan pemimpin2 wilayah terlibat
· Tiga bulan kemudian Tunku Abdul Rahman membawa idea ini ke Dewan Rakyat
· Gagasan ini mendapat liputan meluas akhbar Berita Harian – “Melayu Raya: Cadangan Tengku dapat sambutan”
MATLAMAT PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
i. Mempercepatkan Kemerdekaan:
· Sarawak, Sabah & Singapura bersaiz & berpenduduk kecil sukarkan usaha mendapat kemerdekaan sendiri
· Mempercepatkan kemerdekaan Sabah, Sarawak & Singapura
ii. Keseimbangan Kaum:
· Mengimbangi penduduk Melayu & bumiputera dengan bukan bumiputera dalam Persekutuan Malaysia
iii. Memajukan Sosioekonomi:
· Wujudkan satu kawasan pasaran ekonomi lebih luas
· Menyatukan sumber tenaga manusia & sumber asli di kalangan negeri
· Hapuskan sekatan cukai di kalangan negeri Persekutuan
· Memudahkan usaha untuk menarik pemodal luar
· Memajukan taraf hidup rakyat Sarawak, Sabah & Brunei
iv. Keselamatan & Kestabilan Negara:
· Selamatkan Singapuea & Sarawak daripada jatuh ke tangan komunis
7.2 REAKSI PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
· Terdapat pelbagai reaksi, antaranya daripada;
a. Negeri2 Terlibat
b. Negara2 Jiran
c. Negara2 Barat
a. Reaksi Negeri2 Terlibat:
i. Tanah Melayu:
· Sambutan menggalakkan daripada parti2 politik Tanah Melayu
· Sokongan rakyat ditunjukkan melalui perhimpunan pelajar di Universiti Malaya
· Terdapat perbezaan pendapat tentang cara pelaksanaan tetapi penduduk terima prinsip gagasan
· Contoh: Parti PAS sokong idea pembentukan tetapi juga cadangkan pembentukan Melayu Raya merangkumi Indonesia
ii. Singapura:
· Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew sokong gagasan
· Gagasan ini dapat selamatkan PETIR daripada dikuasai parti2 berhaluan kiri
· Gagasan ditentang oleh Barisan Sosialis & Parti Rakyat Singapura kerana anggap gagasan adalah idea British untuk kekalkan pengaruh
· Referendum (pungutan suara) diadakan bagi tujuan meninjau pendapat penduduk Singapura
· Hasilnya – penduduk Singapura sokong gagasan
iii. Sabah:
· Suara hati rakyat ditunjukkan melalui penubuhan parti2 politik baru
· Antaranya;
a. Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) – menyokong
b. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) – menyokong
c. Parti Bersatu – awalnya menyokong dengan syarat Sabah merdeka dahulu tetapi akhirnya sokong tanpa syarat
d. Parti Demokratik – awalnya menyokong dengan syarat Sabah merdeka dahulu tetapi akhirnya sokong tanpa syarat
e. Pasok Momogun – awalnya menentang kerana anggap Sabah perlu bersatu dengan Sarawak & Brunei tetapi akhirnya sokong tanpa syarat
· Kesannya;
a. Semua parti politik di Sabah bergabung membentuk Perikatan Sabah pimpinan Donald Stephens & Tun Datu Mustapha bin Datu Harun
b. Perikatan Sabah menang pilihan raya Majlis Daerah 1962
c. Rakyat Sabah sepakat menyokong gagasan
iv. Sarawak:
· Antara reaksinya adalah;
a. Parti Negara Sarawak (PANAS) pada awalnya menentang kemudian menyokong penuh
b. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada awalnya menentang kemudian menyokong
c. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menentang kerana menganggap Sarawak perlu bersatu dengan Sabah & Brunei sahaja
d. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) menyokong penuh
e. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) menyokong penuh
f. Persatuan Cina Sarawak (SCA) menyokong penuh
· Kesannya;
a. Semua parti politik Sarawak ambil keputusan sertai Persekutuan Malaysia kecuali SUPP
b. Parti2 tersebut membentuk Perikatan Sarawak
c. Menang pilihan raya Majlis Daerah pertama tahun 1963
v. Brunei:
· Idea gagasan disokong kuat Sultan Omar Ali Saifuddin
· Ia ditentang oleh Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari
· Alasan menentang – Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia
· Parti Rakyat Brunei cadangkan penubuhan Kerajaan Kalimantan Utara – terdiri daripada Brunei, Sarawak & Sabah
· Parti Rakyat Brunei melancarkan pemberontakan apabila usul menentangnya ditolak Majlis Undangan Negeri Brunei
· Rundingan dilaksanakan hingga ke sata2 akhir
· Akhirnya pada Julai 1963 Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia kerana tiada kata sepakat dalam 2 isu berikut;
a. Isu minyak
b. Isu kekananan Sultan Brunei dalam pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong
b. Reaksi Negara Jiran:
i. Indonesia:
· Awalnya menyokong pembentukan Malaysia
· Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio utus surat tahniah kerana usaha tersebut
· Akhirnya pendirian Indonesia berubah & tidak menyokong gagasan kerana;
a. Terpengaruh dakyah Parti Komunis Indonesia (PKI)
b. PKI menuduh Persekutuan Malaysia sebagai neokolonialisme (penjajahan baru melalui tekanan ekonomi)
c. Sebenarnya PKI tergugat dengan pembentukan Malaysia yang akan menyekat pengaruhnya
d. Presiden Soekarno berhasrat menyatukan Indonesia dengan Tanah Melayu membentuk – Indonesia Raya
ii. Filipina:
· Menentang pembentukan Malaysia kerana mendakwa Sabah sebahagian wilayah Kesultanan Sulu miliknya
· British tidak melayan tuntutan kerana dianggap tidak berasas
· Laporan Suruhanjaya Cobbold & Suruhanjaya PBB sahkan rakyat Sabah setuju menyertai Malaysia
c. Negara2 Barat:
· Disokong oleh kerajaan Britain & Amerika Syarikat
· Mereka sokong kerana;
a. Pembentukan Malaysia dapat mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah & Brunei
b. Pengaruh komunis juga dapat disekat
7.3 Perjanjian & Perisytiharan Persekutuan Malaysia
Langkah2 Ke Arah Pembentukan Persekutuan Malaysia
Langkah 1:
· 27 Mei 1961 – gagasan Persekutuan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman
Langkah 2:
· Julai 1961 – penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
· Matlamat – memberi penerangan kpd pemimpin2 Sarawak & Sabah
· Hasil laporan – penubuhan Suruhanjaya Cobbold
Langkah 3:
· Februari hingga April 1962 – penubuhan Suruhanjaya Cobbold
· Matlamat – meninjau pandangan penduduk Sarawak & Sabah
· Hasil laporan – bersetuju sertai Malaysia
Langkah 4:
· Ogos 1962 – penubuhan Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK)
· Matlamat – bincangkan hak & kepentingan Sabah, Sarawak & Brunei untuk dimasukkan dalam perlembagaan
· Hasil laporan – tuntutan 20 perkara Sabah (juga dipersetujui oleh Sarawak) dicadangkan & dimasukkan dalam perlembagaan
Langkah 4:
· Penubuhan Referendum Singapura
· Matlamat – meninjau pendapat penduduk Singapura
· Hasil – bersetuju sertai Malaysia
Langkah 5:
· Ogos 1963 – penubuhan Suruhanjaya PBB
· Matlamat – meninjau semula pandangan penduduk Sarawak & Sabah atas permintaan Indonesia & Filipina
· Hasil – penduduk Sabah & Sarawak setuju sertai Malaysia
Langkah 6:
· 16 September 1963 – perisytiharan Persekutuan Malaysia
Suruhanjaya Cobbold:
· Tujuan – mendapatkan pandangan penduduk Sabah & Sarawak tentang penyertaan dalam Persekutuan Malaysia
· Ahli – Muhammad Ghazali bin shafie, Wong Pow Nee, Lord Cobbold (Pengerusi), David Watherston & Anthony Abell
· Hasil laporan:
- satu per tiga penduduk Sabah & Sarawak menyokong
ii. satu per tiga penduduk sokong tapi dgn syarat kepentingan mereka dilindungi
iii. satu per tiga penduduk ingin Sabah & Sarawak merdeka dahulu sebelum sertai Malaysia
· laporan keseluruhan didapati semua penduduk Sabah & Sarawak setuju sertai pembentukan Malaysia
PENGISYTIHARAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
· Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) & Tuntutan 20 Perkara
· 9 Julai 1963 – Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di Malborough House, London
· Kandungan utama perjanjian:
i. Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan
ii. Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan kecuali Sarawak & Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
ii. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris & bahasa lain masih boleh digunakan
iii. Bagi Sarawak & Sabah, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia
iv. Sarawak & Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen & perkhidmatan awam
v. Rakyat bumiputera di Sarawak & Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu
· Isi perjanjian kemudian dimasukkan dlm Perlembagaan Persekutuan Malaysia
· Memorandum Perjanjian Persekutuan Malaysia bagi Sabah & Sarawak diwakili Donald Stephens
· Dokumen pemasyhuran Persekutuan malaysia diserahkan oleh yang di-Pertuan Agong kepada Tunku Abdul Rahman
· 16 September 1963 - Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri) bacakan Deklarasi Penubuhan Persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
· Sebanyak 101 das tembakan meriam & laungan ‘MERDEKA’ sebanyak 7 kali dilaungkan
· Pengisytiharan dilakukan di Kuching, Sarawak & di Kota kinabalu, Sabah
No comments:
Post a Comment