Wednesday, February 1, 2012

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

BAB 5
KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957

5.1 ROMBONGAN MERDEKA:
·   Tujuan rombongan untuk mendapatkan kemerdekaan
·   Diusahakan oleh Parti Perikatan awal tahun 1946
·   Tunku Abdul Rahman (TAR) sebagai  Ketua Menteri berunding dengan Raja2 Melayu & British  untuk mendapatkan kemerdekaan
·   Bersetuju adakan mesyuarat rasmi dengan British
·   Rombongan Merdeka dibentuk
·   Terdiri daripada 4 wakil Raja2 Melayu & 4 wakil Parti Perikatan
·   Rombongan ke London diketuai oleh TAR
·   Orang ramai memberi sokongan padu

Anggota Rombongan Merdeka:

a. Wakil Parti Perikatan
·   Tunku Abdul Rahman (Ketua)
·   Tun Dr Ismail
·   Tun H.S. Lee
·   Tun Abdul Razak

b. Wakil Raja2 Melayu
·   Dato Panglima Bukit Gantang
·   Abdul Aziz Othman
·   Dato’ Mohd Seth
·   Dato’ Nik Ahmed Kamil

Matlamat Rombongan Merdeka:
·   Untuk merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan British di London
·   Beberapa keputusan dicapai sebagai asas perundingan
·   Dibentuk satu perjanjian – Perjanjian London

Perjanjian London:
·   Dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British
·   Rundingan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956
·   Kedua2 pihak bersetuju tandatangani perjanjian
·   Antara perkara yang dipersetujui;
i. Tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957
ii. Suruhanjaya bebas dilantik untuk gubal Perlembagaan Merdeka
iii. Parti Perikatan tidak akan ambil alih perniagaan British atau kepentingan British di PTM
iv. Perjanjian pertahanan dengan British ditandatangani bagi menjaga keselamatan & kepentingan ekonomi British di PTM
v. Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan
vi. Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri diteruskan


·   Rombongan Merdeka kembali ke Tanah Melayu pada 20 Februari 1956
·   Disambut meriah dalam perhimpunan besar di Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka
·   TAR & rombongan diiringi Pemuda UMNO Melaka
·   TAR isytiharkan tarikh merdeka dengan seruan merdeka
·   Orang ramai menyambut laungan ‘Merdeka’ dengan penuh semangat

5.2 PENYEDIAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU:
·   Bagi negara bakal merdeka seperti PTM, sebuah perlembagaan yang dipersetujui semua kaum amat penting
·   Parti Perikatan bersetujudengan penubuhan suruhanjaya bebas – Suruhanjaya Reid

Suruhanjaya Reid:
·   Dibentuk pada Mac 1956
·   Tujuan menyusun perlembagaan PTM
·   Dipengerusikan Lord William Reid
·   Tugas Suruhanjaya Reid;
i. Merangka sebuah pelembagaan bagi PTM
ii. Membentuk & menentukan kuasa kerajaan pusat & negeri
iii. Menjamin kedudukan khas Raja2 Melayu
iv. Mewujudkan rupa bangsa PTM

·   Suruhanjaya ini menerima sebanyak 131 memeorandum daripada pelbagai pihak termasuk  Raja2 Melayu
·   Februari 1957 Suruhanjaya Reid keluarkan draf perlembagaan untuk dibahaskan oleh penduduk & parti politik tempatan
·   Beberapa cadangan asal dipinda untuk memuaskan hati semua pihak
·   Antaranya;
i. Sebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa pusat dan negeri
ii. Kerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu
iii. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain
iv. Institusi Raja2 Melayu & konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan
v. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Cina & Tamil boleh dikembangkan & menjadi bahasa pengantar di sekolah masing2
vi. Agama Islam dijadikan agama rasmi persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan

·   Semua perkara dipersetujui berdasarkan semangat tolak ansur antara kaum
·   Ia membolehkan  kerajaan berdemokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk
·   Pemimpin Melayu & bukan Melayu menyokong pakatan
·   Cadangan Suruhanjaya Reid diterima Parlimen British pada Jun 1957
·   Draf Perlembagaan Merdeka dibentang untuk diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan
·   Upacara menandatangani Perjanjian Merdeka 1957 diadakan pada 15 Ogos 1957 antara Raja2 Melayu dengan British di Kuala Lumpur
·   Ia ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad (1957-1960) di King’s House, Kuala Lumpur

Ahli Suruhanjaya Reid:
·   Lord William Reid
·   Sir Ivor Jennings (England)
·   Sir William Mckell (bekas Gabenor Jeneral Australia)
·   Tuan bin Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
·   Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

Perlembagaan Merdeka:
·   Mempunyai beberapa fasal penting, antaranya;
i. Kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu
ii. Ketua negara ialah Yang di-Pertuan Agong
iii. Pembentuk sebuah Parlimen yang mempunyai Dewan Rakyat & Dewan Negara

No comments:

Post a Comment

Flickr

..
 
CERITERA SEJARAH - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.